Selasa, 27 April 2010

Meeting

Pagi tadi, bekejar nak datang ke sekolah sebab nak siapkan kertas konsep bagi kem..
Alhamdullilah, semua selesai, keputusannya kem motivasi di buat di sekolah sahaja... lega rasanya... malam nie ada kelas tambahan pula... tak dapat balik rumah...

Sabtu, 24 April 2010

Kelas Tambahan

Petang nie, aku buat kelas tambahan, ramai jugak aku tengok yang malas nak buat,
kadang-kadang aku rasa dah banyak cara dan motivasi aku berikan, tapi mereka nie tak leh nak ikut.. rasanya aku perlu buat sesuatu sebelum terlambat... kena kerja overtime setiap hari agar dapat hasil yang lebih baik....

Mood

Pagi nie... kejutan kali kedua, paip kat rumah terbuka lagi... mungkin dari malam tadi.
rasanya bil air bulan nie melambung tinggi... apa nak buat, salah sendiri, terima sahajalah

Isnin, 19 April 2010

Last Days Kursus

Alhamdullilah, semua tugasan sempat disiapkan pada masa yang ditetapkan,
semunya tersenyum di bibir semua peserta.. malam nie boleh tidur lena.. tapi esok hari sukan telah bermula....sehari suntuk terpaksa duduk di sekolah...

Ahad, 18 April 2010

letih tapi ceria...

Malam tadi sampai rumah pukul 10.45.. Alhamdulillah, barang-barang rumah masih dalam perlindungan Allah, sebab rumah dah pecah, asyik terfikir keselamatan barang-barang je.... sampai2 rumah tengok air tak de sebab paip dipotong takut air keluar.... jadi tak dapat nak mandi...
dengan semangat yang cekal susun semula barang-barang ke dalam bilik tengah sampai pukul 12...
aduhhhhh.... sakit pinggang dibuatnya..... tidur pun tak lena, asyik terbangun saja.... bangun kul 5.30 terus pergi hotel suria merang, mandi dan solat di sana.... Alhamdulillah, tiada kesukaran berlaku... hari ini isteri dan anak-anak balik dari kampung, tak sabar nak tengok muka mereka semua... rindu sangat-sangat... hehehe sapa yang tak sayang bini ?....

penat dan letih

Hari ketiga kursus, baru paham apa yang diajar...
balik rumah, terkejut ikan sebab dinding rumah dah pecah nak renovate... maknanya malam ni banyak keje nak buat... tadi adik tel tanya pasal cat rumah.... leceh gak nak cat rumah ni rupanya...

Jumaat, 16 April 2010

Hari Baru

Walaupun time kat pc aku menunjukkan hari baru tapi kat web still hari jumaat... mungkin dia suruh aku wish hari lahir aku yang jatuh pada 16 april kot..... any way happy birthay to me... heheheeeee
Hari kedua kursus, cuba perkara baru dengan tulis blog pagi-pagi lagi.....